Jika anda bukan peminat sukan atau mana-mana aktiviti fizikal dan usia anda mula menghampiri 40an, jangan terlalu panik. Kita boleh mulakan sahaja. Mulakan aktiviti senaman ini secara beransur dan ditambah setiap minggu agar dapat jalani kehidupan yang lebih cergas dan sihat:
- Senaman untuk menguatkan otot jantung dikenali sebagai senaman kardiovaskular. Sebaiknya dilakukan antara 3-4 kali seminggu dengan kadar denyutan nadi mencapai 80% maksimum selama 30 minit. Jika semasa melakukan aktiviti ini anda masih boleh berbual dengan santai, anda perlu menambah kelajuan pergerakan agar memberi kesan pada kardiovaskular. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berjalan pantas, berjogging dan berenang.
- Aktiviti berintensiti tinggi antara 1-2 kali seminggu. Menurut kajian yang pernah dilakukan oleh Yayasan Osteoporosis Kebangsaan di Amerika Syarikat bahawa hampir separuh wanita berusia 50 tahun akan alami tulang rapuh dan menyebabkan berlakunya patah tulang akibat osteoperosis. Selain menambah pengambilan kalsium, hentakan antara tulang akibat pergerakan fizikal juga mampu menguatkan tulang.
- Latihan bebanan 2-3 kali seminggu dikatakan mampu mengurangkan sakit akibat artritis dan mengelakkannya sejak dari mula. Hanya lakukan latihan pergerakan yang melibatkan pelbagai sendi seperti squat, deadlift dan shoulder press untuk menguatkan otot dan sendi.
No comments:
Post a Comment