Tuesday, January 1, 2019

Perimenopous

Ia juga dikenali sebagai pra-menopous iaitu gangguan ketidak seimbangan hormon yang berlaku sebelum menopous berlaku sepenuhnya. Keadaan ini boleh menimbulkan tekanan dikalangan wanita dan boleh berlanjutan sehingga 12 bulan secara berterusan. Simptom perimenopous terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal dan emosi.

Simptom-simptom perimenopous secara fizikal adalah seperti berikut:
  1. gangguan kitaran haid
  2. Tidur yang terganggu
  3. Sakit kepala
  4. Jerawat
  5. Kulit berkedut
  6. Pertambahan berat badan
  7. Keguguran rambut
  8. Pening
  9. Tumbuh rerambut di bahagian badan
  10. Kulit kering
  11. Badan terasa bahang/panas
  12. Berpeluh di waktu malam

Antara simptom-simptom emosi premenopous ialah seperti berikut:
  1. kerisauan
  2. Lupa
  3. Pemikiran terganggu
  4. Sukar untuk multi tasking
  5. Kelesuan
  6. Perubahan mood secara mendadak
  7. Sukar memberi tumpuan
  8. Cepat marah

Walau bagaimanapun, wanita tidak seharusnya terlalu risau berkaitan perkara ini. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang boleh hadapinya dengan mudah berbanding sesetengah wanita yang alami kesukaran.

Amalan pemakanan sihat dan penglibatan dalam aktiviti fizikal terutama senaman dan regangan yang berterusan mampu membantu wanita menghadapi situasi ini dengan sebaiknya. Saya akan berkongsi lagi berkaitan perkara ini nanti.


Semoga sentiasa cergas dan sihat! 

No comments:

Post a Comment