Wednesday, January 2, 2019

Sakit Belakang

Keadaan ini menjadi semakin biasa apabila usia meningkat dan hampir setiap orang pasti pernah mengadu alami sakit ini. Ia juga dikaitkan sebagai salah satu penyakit moden akibat dari rutin harian yang perlu duduk untuk suatu tempoh yang lama.

Posisi duduk memberikan tekanan kepada bahagian belakang badan terutama di bahagian bawah. Oleh itu, postur duduk yang baik sentiasa disarankan. Setiap 30 minit, sebaiknya lakukan pergerakan lain seperti berdiri, sedikit regangan atau pun berjalan selama beberapa minit bagi melancarkan aliran darah dan oksigen ke serata tubuh.

Selain itu, latihan bebanan untuk menguatkan otot-otot terutama di sekitar abdoman dan pelvik. Kekuatan otot dibahagian ini akan mengokong pergerakan pada tulang belakang dan mengurangkan kesakitan. Ini membolehkan pergerakan dilakukan dengan lebih lancar dan berkesan tanpa limitasi yang menyakitkan. 

Pergerakan latihan juga perlu untuk meningkatkan daya tahan otot bagi membolehkannya melakukan ulangan pergerakan dalam tempoh yang lebih lama tanpa cepat penat serta aktiviti regangan.

Aktiviti seperti yoga dan pilates boleh diamalkan untuk bantu mengurangkan kesakitan dengan menguatkan bahagian yang terlibat. Aktiviti ini juga mampu bantu baiki postur tubuh akibat amalan posisi pergerakan yang tidak betul.


Sekiranya sakit yang dialami tidak berkurangan dan masih mengganggu kehidupan seharian, boleh rujuk dan bincang dengan pakar di bidang ini. Mereka mungkin memberi cadangan yang lebih baik seperti pengambilan makanan tambahan atau melakukan terapi fizikal yang lain

No comments:

Post a Comment