Otot dan tulang yang lemah menyebabkan individu kelihatan bongkok dan agak rendah berbanding ketika usia muda. Gaya hidup dan corak pemakanan yang diamalkan membentuk postur tubuh seseorang terutama apabila semakin meningkat usia. Penjagaan postur badan juga menjadikan seseorang kelihatan lebih menarik dan berketerampilan tanpa mengira usia.
Oleh itu, amat penting untuk sentiasa pastikan dan amalkan postur tubuh yang baik, antaranya:
Oleh itu, amat penting untuk sentiasa pastikan dan amalkan postur tubuh yang baik, antaranya:
- Jangan terlalu lama duduk. Bangun dari kerusi sama ada berdiri, lakukan sedikit regangan atau berjalan untuk seketika selama beberapa minit bagi setiap 30 minit. Ini bagi melancarkan perjalanan darah dan oksigen ke seluruh badan dan tidak hanya tertumpu pada bahagian badan tertentu sahaja.
- Semasa duduk, pastikan badan tegak dan lurus. Bahu direndahkan dan dalam keadaan rehat. Kedua-dua tapak kaki direhatkan dengan selesa di lantai.
- Otot-otot di sekitar perut dan pelvik amat penting terutama dalam mengekalkan kestabilan badan semasa melakukan pergerakan seharian. Otot-otot ini juga berfungsi sebagai penghubung antara pergerakan anggota badan di bahagian atas dengan bahagian bawah. Oleh itu, latihan kekuatan amat perlu untuk otot-otot ini kekal berfungsi dengan baik.
- Sesi latihan bina kekuatan dan daya tahan otot badan perlu sesuai dengan usia dan gaya hidup yang sedang dilalui. Boleh dapatkan nasihat dari mereka yang berkelayakkan agar sesi latihan lebih bermanfaat dan elak sebarang kecederaan yang memudaratkan. Adalah dicadangkan sesi latihan melibatkan otot-otot dibelakang badan, pinggul dan sisi badan kerana hampir setiap pergerakan harian melibatkan otot-otot ini.
Sekiranya dirasakan ada masalah dengan postur tubuh, sila rujuk dan dapatkan bantuan dari yang lebih pakar.
No comments:
Post a Comment