Wednesday, January 2, 2019

Menopaus

Keadaan ini berlaku apabila kitaran haid terhenti selama dua belas bulan secara berterusan. Ia biasanya dialami oleh wanita berusia antara 40 hingga 55 tahun. 

Perimenopaus adalah merupakan proses yang dilalui oleh tubuh sebelum menopaus berlaku sepenuhnya. Proses ini mengambil masa antara dua hingga lapan tahun bergantung pada individu.

Antara tanda awal menopaus ialah:
  1. Kitaran dan aliran haid yang tidak teratur.
  2. Perubahan mood secara tiba-tiba dan kerap
  3. Rasa letih/ lesu
  4. Badan terasa bahang/panas sehingga berpeluh terutama pada waktu malam
  5. Sukar untuk tidur
  6. Kerap resah dan lesu

Sekiranya berusia 40an dan alami tanda-tanda ini, tak perlu bimbang dan takut. Boleh rujuk pada pengamal perubatan yang berkelayakan untuk pastikan keadaan ini. 



No comments:

Post a Comment